loading...
Pelangi Tanpa Warna


Laksana meniti buih.
Menyulut diri mengawal hampa.
Menaruh rasa?
Tiada indah ia aku.

Laksana mencecah duri.
Merajut harap menunggu kering.
Menawar janji?
Tiada pandang ia aku.

Laksana menilik mimpi,
Menyumbat jiwa menutup liang.
Menyentuh hati?
Tiada rebah ia aku.

Laksana menempuh bara,
Melagukan sendu menarik bait.
Apa 'kan 'ku bawa?
Tiada ia akan aku.

Memungut kata darinya.
Memencil ikrar darinya.
Tiada ia aku.
Tiada ia aku.
 
"Puisi: Pelangi Tanpa Warna"
Puisi: Pelangi Tanpa Warna
Oleh: Arief Munandar

Post a Comment

loading...
 
Top