Aceh sedang tidak baik-baik saja.

Puisi: Syair Rafiah Menunjukkan Diri (Karya Raja Ali Haji)

Syair Rafiah Menunjukkan Diri adalah bagian penting dalam Syair Abdul Muluk karena menghadirkan momen klimaks berupa terungkapnya penyamaran Rafiah.

Syair Rafiah Menunjukkan Diri


Kata orang yang empunya nalam
Adalah kepada suatu malam
Sultan Duri paduka syah alam
Di tengah istana baginda semayam

Bersama dengan Sultan Barbari
Serta dengan keduanya isteri
Adapun akan Sultan Duri
Bertanyakan perintah adat Barbari

Duduklah Duri berkata-kata
Dengan Rahmah bertanyakan warta
Abdul Muluk menataplah rata
Tiada lepas daripada mata

Dipandang baginda diamat-amati
Nyatalah Rafiah rupanya pasti
Hendak dituduh kepada hati
Karena ia sudahlah mati

Sangat teringat di dalam dada
Kepada Rafiah isteri yang muda
Serba salah pikir baginda
Tunduk mengeluh di dalam dada

Sultan Duri wajah gemilang
Menengokkan laku sultan terbilang
Menatap kepadanya berulang-ulang
Pura-pura tidak memandang

Diam berpikir Sultan Duri
Herankan kakanda sultan Barbari
Duduk bersama sehari-hari
Tiada juga ia dikenali

Sambil tersenyum Duri berkata
Ayuhai kakanda sultan mahkota
Baharulah tahu sekarang beta
Rupanya kakanda tuli dan buta

Abdul Muluk mendengarkan titah
Sangatlah terkejut duli khalifah
Seketika diam tiada bermadah
Pikirnya apakah aku nin salah

Dengan perlahan berkata baginda
Mengapa begitu titah adinda
Jikalau ada khilaf bebal kakanda
Dengan sebenarnya tuan bersabda

Berkatalah Duri yang dipertuan
Janganlah murka kakanda sultan
Suatupun tiada yang kesalahan
Sahaja beta hendak bergurauan

Duri berkata lakunya tentu
Kakanda duduk di sini dahulu
Beta nin sebentar hendak ke situ
Adalah hendak diambil suatu

Masuk ke tempatnya Duri sultan
Pakaian kepalanya ditanggalkan
Ke tengah istana baginda berjalan
Rambutnya lalu diuraikan

Akan kata sahibul hikayat
Rambutnya panjang terlalu lebat
Serta hitam berkilat-kilat
Abdul Muluk tercengang melihat

Diam berpikir duli mahkota
Sultan nin perempuan rupanya nyata
Parasnya elok bagai dipeta
Sangatlah berkenan di dalam cita

Baginda memandang tiada berhenti
Nyatalah rupanya wajahnya Sitti
Adapun baginda hendak mendekati
Kalau-kalau bukan malulah pasti

Duri pun masuk pula ke dalam
Menanggalkan bajunya buatan Barham
Tinggal yang nipis baju di dalam
Ke tengah istana berjalan syah alam

Setelah dilihat sultan Barbari
Nyatalah rupanya Rafiah puteri
Berpandang-pandangan laki isteri
Hendak ditegur rasanya ngeri

Sultan berpikir seorang-orang
Matanya sebagai juga memandang
Hati baginda terlalu bimbang
Kepada Duri wajah gemilang

Setelah dilihat Duri bangsawan
Tidak ditegur sultan dermawan
Ia pun masuk ke dalam peraduan
Lalu memakai seperti perempuan

Ke luar pula sitti bestari
Sujud di kaki sultan Barbari
Dengan tangisnya Sitti Arabi
Baginda terkejut dilihatnya isteri

Terlalu suka sultan terala
Seperti mendapat gunung kemala
Kasih dan sayang bertambah pula
Disambutnya tangan diciumnya kepala

Bertitah pula sultan Barbari
Utama jiwa mahkota negeri
Mengapakah tuan demikian peri
Kakanda tak kenal sekali-kali

Batu kepala emas juita
Menanggung kasih kakanda nin nyata
Tiadalah dapat kakanda berkata
Dibalaskan Tuhan alam semesta

Rahmah pun segera menghampiri
Dipeluk dicium Rafiah puteri
Rafiah pun sujud mencium jari
Bertangis-tangisan ketiga laki isteri

Abdul Muluk pula bersabda
Emas tempawan jiwa kakanda
Bukankah hamil dahulu adinda
Sekarang di manakah gerangan anakanda

Rafiah menjawab dengan perlahan
Suaranya manis bertahan-tahan
Kepada tuan Syeh adinda tinggalkan
Karena ia hendak memeliharakan

Bercerita Rafiah dengan suaminya
Sekalian hal-ihwal dikhabarkannya
Beberapa azab yang dirasainya
Misai binatang jua tidak disebutnya

Abdul Muluk mendengarkan cerita
Terlalu belas di dalam cita
Bercucuran dengan airnya mata
Sitti Rahmah menangislah serta

Adapun akan Rahah nin tuan
Melihat Duri nyatalah perempuan
Isteri Abdul Muluk yang bangsawan
Ia pun tunduk kemalu-maluan

Setelah dilihat Rafiah puteri
Malu lakunya Rahah bestari
Ia pun tersenyum durja berseri
Sambil memandang sultan Barbari

Kepada Rahah Rafiah berkata
Ayuhai adinda cahaya mata
Janganlah tuan bergundah cita
Sudahlah dengan untungnya kita

Rahah mendengar kata yang demikian
Ia pun bangkit dengan perlahan
Lemah lembut barang kelakuan
Sujud di kaki Rafiah bangsawan

Disambut Rafiah dengan segera
Serta berkata manis suara
Ayuhai adinda tuan saudara
Janganlah malu adinda bercura

Setelah waktu dinihari
Kembali ke tempatnya kedua puteri
Rafiah masuk ke peraduan sendiri
Serta dengan sultan Barbari

Datang ke peraduan sultan muda
Lalulah beradu sama adinda
Sitti Rafiah cedera tiada
Pilu dan belas mengenangkan anakanda

Seketika beradu sianglah hari
Bangunlah sultan muda bestari
Sudah bersiram mahkota negeri
Lalu semayam dua laki isteri

Sitti Rafiah lalu bersabda
Kepada seorang dayang berida
Pergilah dapatkan Jamaluddin kakanda
Katakan dijemput Diri baginda

Dayang pun pergi tiadalah lena
Setelah ia datang ke sana
Berdatang sembah dengan sempurna
Adinda Duri persilakan ke sana

Mendengarkan sembah dayang bestari
Jamaluddin bangkit lalu berdiri
Menyisipkan khanda di sebelah kiri
Berjalan ke istana sultan Barbari

Ke pintu istana sampailah sultan
Seketika berdiri tercengang heran
Melihat hal Duri nin tuan
Olehnya memakai cara perempuan

Sultan Jamaluddin berjalan masuk
Memberi takzim serta tunduk
Lalu bertitah Sultan Abdul Muluk
Silakan ke sini kakanda duduk

Sultan Jamaluddin paduka kakanda
Duduk menghadap kepada baginda
Sepatah pun tidak ia bersabda
Herankan Duri bangsawan muda

Lalu bertitah sultan Barbari
Sambil tersenyum memandang isteri
Mengapakah tuan mahkota negeri
Tiada menegur kakanda ke mari

Rafiah tersenyum cemerlang warna
Cantik majelis terlalu bena
Memberi hati bimbang gulana
Manis seperti halwa Cina

Abdul Muluk pula berkata
Kepada Jamaluddin diberinya nyata
Adapun akan Duri mahkota
Isteri yang muda kepada beta

Sebab pun maka demikian peri
Tatkala musuh menyerang Barbari
Diserang oleh raja Hindi
Ke dalam hutan ia nin lari

Oleh baginda habis diceritakannya
Pada Jamaluddin dikhabarkannya
Daripada asal permulaannya
Sampai sekarang demikian adanya

Jamaluddin mendengar khabar begitu
Terla1u ajaib di dalam kalbu
Ia menjawab sempurna tentu
Alhamdulillahi, hai saudaraku

Jamaluddin berkata sempurna pasti
Sambil memandang Rafiah puteri
Adinda jangan berwalang hati
Kakanda tidak mungkirkan janji

Sitti Rafiah menjawab sabda
Janganlah demikian titah kakanda
Negeri Barham sembahan adinda
Kakandalah memiliki mana yang ada

Mendengarkan titah sitti yang petah
Terlalu suka Jamaluddin khalifah
Terlalu manis baginda bertitah
Kakanda menurut sebarang perintah

Setelah sudah berperi-peri
Jamaluddin ke luar ke balairung seri
dihadap oleh sekalian menteri
Serta raja-raja di dalam negeri

Sultan Jamaluddin lalu bersabda
Ketahui olehmu sekalian memanda
Adapun Sultan Duri yang syahda
Itulah isteri baginda yang muda

Mendengarlah wazir sekaliannya
Sekalian habis diceritakannya
Seperti yang dikhabarkan baginda kepadanya
Masing-masing tercengang akan dirinya

Lalu berkata wazir yang kedua
Serta dengan suka tertawa
Aduh tuanku utama jiwa
Terpedayalah rupanya hamba yang tua

Wazir Barham yang keempat
Menjawab kata terlalu cepat
Benarlah bagai madahnya sahabat
Sultan Duri sangat sengelat

Hamba mengiringkan berapa lama
Baginda bersaudagar serta panglima
Membawa dagangan anggur dan kurma
Tidur dan makan bersama-sama

Sudahlah hamba yang tua renta
Sahajakan patut kabur dan buta
Seperti baginda sultan mahkota
Tiada juga memandang mata

Jamaluddin tertawa sambil berperi
Sudahlah beta mamanda menteri
Akan baginda sultan Barbari
Mengapa tidak mengenal isteri

Mendengar kata Jamaluddin sultan
Ramailah tertawa menteri sekalian
Demikianlah laku di penghadapan
Duduk berkata-katakan Duri pahlawan

Abdul Muluk mahkota negeri
Di dalam istana sultan bestari
Berkata-kata dengan Rafiah puteri
Bersenda gurau laki isteri

Seketiku semayam baginda sultan
Diangkat orang nasi persantapan
Rafiah menitahkan dayang handalan
Sitti Rahmah dipersilakan

Terlalu manis Rafiah berkata
Adinda Rahah bersamalah serta
Menanti santap katakan beta
Dayang pun pergi sertalah nyata

Seketika lagi Rahah pun datang
Serta Rahah muda terbilang
Rafiah menegur tangan dipegang
Lalulah santap berempat sehidang

Sudah santap mahkota indera
Dengan isteri duduk bercura
Kasih dan sayang tiada bertara
Akan Rafiah jayeng perwira

Kata orang yang menceritakan
Abdul Muluk kerajaan di Hindustan
Sehari-hari bersuka-sukaan
Lepas dari pada percintaan

Adalah kepada suatu hari
Semayam di penghadapan sultan Barbari
Serta dengan Jamaluddin bestari
Dihadap oleh hulubalang menteri

Sultan Barham lalu bermadah
Ayuhai adinda sultan yang indah
Hati kakanda terlalu gundah
Negeri nin lama ditinggalkan sudah

Abdul Muluk menjawab sabda
Pilu dan rawan di dalam dada
Benarlah seperti titah kakanda
Berilah tahu Rafiah adinda

Setelah sudah berperi-peri
Berangkat naik mahkota negeri
Serta dengan Jamaluddin bestari
Keduanya sama berpimpin jari

Sudah sampai duli yang gana
Semayam di atas hamparan warna
Ketiga Sitti yang bijaksana
Hadir semayam di tengah istana

Sitti Rafiah memandang serta
Dengan manis ia berkata
Silakan duduk kakanda mahkota
Apakah hajat kepada cita

Sultan Jamaluddin berperi-peri
Sebab pun kakanda datang kemari
Jikalau ada izin adinda puteri
Hendak bermohon pulang ke negeri

Berkata Rafiah muda handalan
Bilakah kakanda hendak berjalan
Jamaluddin menyahut perlahan-lahan
Esoklah tuan kepada perasaan

Berkata Rafiah bijak bestari
Baiklah kakanda berangkat kembali
Lamalah sudah meninggalkan negeri
Entah pun khabar dan peri

Setelah hari sudahlah petang
Jamaluddin bermohon lalulah pulang
Sampai ke istana muda terbilang
Menyuruh berhadir menteri hulubalang

Datang kepada esok harinya
Hadirlah sudah kelengkapannya
Jamaluddin mendapatkan sultan iparnya
Abdul Muluk hadir di istananya

Setelah datang sultan yang syahda
Segera ditegur oleh baginda
Bersamalah dengan rafiah adinda
Silakan kemari duduk kakanda

Jamaluddin menyahut manis kelakuan
Sambil berkata kepilu-piluan
Kakanda menghadap emas tempawan
Hendak bermohon berjalan tuan

Ayuhai adinda Rafi ah bestari
Pertaruhan kakanda Rahah puteri
Kepada tuan laki isteri
Barang yang salah minta ajari

Budak nin belum sampai akalnya
Tuanlah ganti ibu bapanya
Meski dipalu tiada apanya
Kata kakanda dengan sebenarnya

Sitti Rafiah menjawab kata
Sambil berhamburan air matanya
Kakanda jangan bergundah cita
Adinda Rahah saudara beta

Sitti Rahah datang perlahan
Sujud di kaki kakanda sultan
Pilu hatinya tiada tertahan
Kedua beradik bertangis-tangisan

Berkata Jamaluddin wajah gemilang
Adinda jangan berhati walang
Biarlah dahulu kakanda pulang
Setahun sekali ke mari berulang

Setelah sudah berperi-peri
Bermohon Jamaluddin sultan bestari
Bersalaman dengan Rafiah puteri
Turun bersama sultan Barbari

Setelah datang ke luar kota
Sultan Jamaluddin lalu berkata
Sambil menyapu airnya mata
Ayuhai adinda bermohonlah beta

Abdul Muluk pula berperi
Sambil bersalaman berpegang jari
Silakan kakanda sultan bestari
Selamat sejahtera sampai ke negeri

Tiadalah hamba panjangkan cerita
Berjalanlah Jamaluddin diiringkan tentera
Tiada berapa lena antara
Sampai ke negeri dengan sejahtera

Perkataan Jamaluddin dahulu berhenti
Tersebutlah kisah sultan Barbari
Di negeri Hindustan menunggu negeri
Adil dan murah tiada terperi

Masyhurlah khabar baginda sultan
Menjadi raja di Negeri Hindustan
Sehari-hari bersuka-sukaan
Bersedekah berjamu minum dan makan

Kata orang yang empunya cerita
Menyuruh ke Ban duli baginda
Menghadap ayahanda sultan mahkota
Membawa khabar sah dan nyata

Setelah didengar oleh baginda
Akan hal paduka anakanda
Habislah terbalas malu yang ada
Lalu berangkat duli baginda

Berangkat baginda raja yang bari
Serta membawa permaisuri
Selang antara beberapa hari
Sampailah sudah ke desa negeri

Datanglah menteri persembahkan warta
Kepada baginda raja mahkota
Paduka ayahanda sampailah nyata
Ada berhenti di luar kota

Demi didengar sultan yang muda
Terlalu suka di dalam dada
Naik ke istana duli baginda
Memberi tahu Rafiah adinda

Dengan manis baginda berkata
Ayuhai adinda cahaya mata
Ayahanda bunda datanglah serta
Ada berhenti di luar kota

Setelah didengar Rafiah puteri
Sukanya tidak lagi terperi
Akan ayahanda bunda sendiri
Datang bersama laki isteri

Abdul Muluk muda perwira
Berkata dengan manis suara
Kakanda nin hendak pergi segera
Menyambut ayahanda sultan mengindera

Sudah bertitah kepada isteri
Berangkat turun sultan bestari
Diiringkan sekalian hulubalang menteri
Berjalan keluar kota negeri

Serta sampai sultan muda
Lalu menta'zimkan duli baginda
Segera ditegur sultan berida
Marilah tuan nyawa ayahanda

Sangat menangis sultan Ban
Anakanda dicium seluruh badan
Baginda bertitah tersedan-sedan
Baharulah hilang percintaan

Abdul Muluk muda yang pokta
Mendengarkan ayahanda berkata-kata
Terlalu belas di dalam cita
Tunduk menyapu airnya mata

Setelah sudah bertangis-tangisan
Berangkat masuk yang dipertuan
Diiringkan anakanda muda bangsawan
Langsung sekali ke balai penghadapan

Adapun akan Sitti Rafiah
Serta dengan Rahmah dan Rahah
Duduk menanti di pintu tengah
Menyambut bundanya naik ke rumah

Seketika menanti ke tiga puteri
Lalulah sampai permaisuri
Ke tengah istana duduk berperi
Rafiah pun sujud mencium jari

Dipeluk dicium permai yang syahda
Meratap sambil ia bersabda
Ayuhai anakku bangsawan muda
Baharulah terang kalbunya bunda

Selama tuan tidak dipandang
Rindunya bunda bukan kepalang
Anakanda disebut pagi dan petang
Tiada mendengar khabar yang datang

Seketika duduk bertangis-tangisan
Rahmah pun menyembah raja perempuan
Sedap manis barang kelakuan
Beserta dengan Rahah bangsawan

Segera disambut permaisuri
Baginda tersenyum hormat diberi
Sambil berpikir hati sendiri
Baik parasnya puteri bahari

Permaisuri lalu berkata
Kepada anakanda Rafiah mahkota
Apakah namanya puteri yang pokta
Kepada bunda berilah nyata

Jawab Rafiah muda utama
Itulah isteri sultan pertama
Rahmah dia empunya nama
Dari kecil sudah bersama

Adapun akan yang seorang ini
Isteri yang muda baginda sultani
Bernama Rahatulhayani
Saudaranya Jamaluddin Adamani

Sedang duduk berkata-kata
Naik sultan muda yang pokta
Sultan Ban bersamalah serta
Di tengah istana baginda bertahta

Lalulah datang Sitti Rafiah
Sujud mencium jarinya ayah
Segera disambut duli khalifah
Baginda pun syukur kepada Allah

Seketika duduk baginda sultan
Diangkat oranglah persantapan
Dua sehidangan baginda makan
Dihadap dayang yang berjawatan

Adapun akan permaisuri
Santap dengan ketiga puteri
Dihadap dayang muda jauhari
Ramainya tidak lagi terperi

Orang di balai demikian juga
Diangkat hidangan berbagai aneka
Makan dan minum bersuka-suka
Ramainya tiada lagi terhingga

Adapun akan sultan Arabi
Sudah santap raja yang bari
Berangkat turun ke balairung seri
Serta anakanda sultan Barbari

Duduk baginda bersuka-sukaan
Sehari-hari minum dan makan
Dengan menteri hulubalang sekalian
Terlalu ramai di negeri Hindustan

Sumber: Syair Abdul Muluk (1847)

Analisis Puisi:

Raja Ali Haji, sastrawan besar abad ke-19, meninggalkan karya epik berjudul Syair Abdul Muluk yang memuat kisah kepahlawanan, politik, cinta, dan pergulatan batin para tokohnya. Salah satu episode penting dalam karya ini adalah “Syair Rafiah Menunjukkan Diri”, yaitu bagian ketika identitas Sultan Duri ternyata terbongkar: ia bukan laki-laki, melainkan Sitti Rafiah, isteri Abdul Muluk yang lama terpisah darinya. Episode ini sarat makna, baik dari sisi naratif, simbolik, maupun budaya Melayu klasik.

Ringkasan Isi Syair

Syair ini dimulai dengan adegan Sultan Duri berbincang dengan Sultan Barbari (Abdul Muluk) dan Sitti Rahmah. Abdul Muluk, yang sejak awal merasa curiga, menatap Duri berulang kali karena parasnya mengingatkan pada isterinya, Rafiah. Namun, ia ragu sebab Rafiah diyakini telah meninggal.

Melalui percakapan penuh sindiran, akhirnya Sultan Duri membuka rahasianya dengan melepaskan pakaian dan mengurai rambutnya. Ternyata, Duri adalah Sitti Rafiah. Peristiwa ini menimbulkan kegembiraan besar: Abdul Muluk, Rafiah, dan Rahmah saling berpelukan dan menangis bahagia.

Rafiah lalu menceritakan kisah penderitaannya selama melarikan diri dari musuh dan bagaimana ia menyamar sebagai Sultan Duri untuk mempertahankan harga diri. Pertemuan ini juga disaksikan oleh Sultan Jamaluddin dan para menteri, yang tercengang sekaligus tertawa karena selama ini tak menyadari penyamaran Rafiah.

Akhir syair memperlihatkan bagaimana kebahagiaan keluarga Abdul Muluk semakin lengkap, sekaligus meneguhkan kedudukannya sebagai sultan yang sah di Hindustan.

Tema

1. Identitas Tersembunyi dan Penyingkapan

Tema utama syair ini adalah penyingkapan identitas Rafiah. Penyamaran sebagai Sultan Duri menggambarkan strategi bertahan hidup sekaligus simbol keteguhan perempuan bangsawan dalam menghadapi krisis. Saat akhirnya menampakkan diri, momen itu menjadi klimaks emosional sekaligus transisi politik.

2. Kesetiaan Perempuan Melayu

Rafiah digambarkan sebagai isteri setia yang rela menderita, menyamar, bahkan menanggung risiko besar demi keselamatan diri dan kehormatan suaminya. Kesetiaan Rafiah menjadi cermin nilai perempuan Melayu klasik: tabah, taat, dan setia hingga akhir.

3. Penyatuan Keluarga sebagai Puncak Bahagia

Pertemuan Rafiah dengan Abdul Muluk bukan hanya reuni suami-isteri, tetapi juga melengkapi struktur keluarga kerajaan. Kehadiran tiga tokoh perempuan (Rafiah, Rahmah, dan Rahah) menunjukkan model keseimbangan rumah tangga bangsawan, di mana kasih sayang, ketaatan, dan solidaritas perempuan menopang kekuasaan laki-laki.

4. Legitimasi Politik melalui Pengakuan

Dengan tampilnya Rafiah, Abdul Muluk semakin kuat secara politik. Identitas isterinya yang terhormat diakui oleh Jamaluddin dan para menteri, sehingga kedudukan Abdul Muluk sebagai sultan Hindustan makin tak tergoyahkan.

Struktur dan Bahasa

Bentuk Syair

Syair tetap disusun dengan pola a-a-a-a, sesuai kaidah klasik. Pola ini memudahkan pembacaan lisan dan menegaskan sifat syair sebagai medium penceritaan yang berirama.

Bahasa dan Gaya

    • Penggambaran visual: Rambut panjang Rafiah yang diurai menjadi simbol penyingkapan identitas.
    • Bahasa emosional: Tangisan dan sujud menghadirkan nuansa dramatik dan menyentuh.
    • Sindir-menyindir: Dialog Duri dan Abdul Muluk penuh sindiran sebelum rahasia terbongkar.

Simbolisme

    • Rambut panjang: lambang kewanitaan dan jati diri yang tak bisa dipadamkan meski disembunyikan.
    • Tangisan bersama: simbol rekonsiliasi, kasih sayang, dan penyatuan keluarga.

Konteks Budaya dan Sejarah

Dalam tradisi Melayu, perempuan sering diposisikan sebagai penopang moral dan kehormatan keluarga. Kisah Rafiah memperlihatkan bahwa perempuan tidak hanya pasif, melainkan bisa aktif bertahan hidup dengan cara cerdik (menyamar sebagai raja). Namun, pada akhirnya ia kembali ke posisi tradisionalnya sebagai isteri, penopang suami, dan ibu rumah tangga.

Selain itu, syair ini menunjukkan bagaimana kekuatan politik dalam budaya Melayu selalu terkait erat dengan legitimasi keluarga. Dengan kembalinya Rafiah, Abdul Muluk bukan hanya menang secara emosional, tetapi juga memperoleh legitimasi simbolik sebagai pemimpin sah.

Pesan Moral

  • Kesetiaan dan ketabahan adalah sifat utama yang harus dimiliki perempuan dalam menghadapi ujian hidup.
  • Penyatuan keluarga dipandang sebagai puncak kebahagiaan, bahkan melebihi kekayaan atau kekuasaan.
  • Identitas sejati tidak bisa disembunyikan selamanya – pada akhirnya akan terbongkar oleh kebenaran.
  • Legitimasi politik dalam tradisi Melayu bertumpu pada kehormatan pribadi dan keluarga.

"Syair Rafiah Menunjukkan Diri" adalah bagian penting dalam Syair Abdul Muluk karena menghadirkan momen klimaks berupa terungkapnya penyamaran Rafiah. Syair ini memadukan drama emosional (pertemuan kembali suami-isteri), pesan moral (kesetiaan, tabah, dan jujur), serta makna politik (legitimasi kekuasaan).

Dengan bahasa puitis, Raja Ali Haji berhasil menghadirkan gambaran yang kaya: seorang perempuan yang cerdas dan tabah, seorang suami yang akhirnya menemukan kembali cinta sejatinya, serta masyarakat yang belajar tentang nilai kesetiaan, adat, dan legitimasi dalam kehidupan berkerajaan Melayu.

Raja Ali Haji
Puisi: Syair Rafiah Menunjukkan Diri
Karya: Raja Ali Haji

Biodata Penulis:

Raja Ali Haji (nama pena dari Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad) adalah seorang ulama, sekaligus pujangga abad 19 keturunan Bugis dan Melayu.

© Sepenuhnya. All rights reserved.